maryam alya: January 2011
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 20, 2011

pening lalat pusing-pusing

Mata mengantuk
Kepala pusing
Perut memulas
Badan penat

Tapi..

Tak boleh tido lagiii
Kene jugak study

Bukan sebab..

Aku sangat amat rajin
Or Aku nak exam besok

Tapi..

Sebab aku tangguhkan keje2 assignment yang sepatotnya siap 2minggu lepas lagi
Padan muke aku
Yes, rasekan!

p/s : makk tolong......nak balik umah tidoo...

Friday, January 14, 2011

penat

Homaigod Homaigod
Aku penat sgt!
Tapi still aku kuatkan jugak semangat nk pegi library ni..

Exam oh exam..
Apesal lah cepat sangat?

Rumate aku sume kua
Jalan-jalan
Shopping.....
Wah, aku amatlah jeles!!

Xpe2.. Study lagi penting dari begumbira~
Aja-aja FIGHTING!!!


Wednesday, January 12, 2011

lalang ?

Kate orang,
Jangan ditiru sifat lalang
Sentiasa ikut arus angin yang bertiup.
Kalau dilampirkan dalam sikap manusia,
Tidak punya pendirian dan ikut saje cakap orang.

Aku faham.
Tapi untuk jadi seteguh karang
Yang sentiasa ade ditempatnya walau kuat mana pun badai yang datang,
Aku masih belum mampu lagi.
Bukan aku nak cakap aku xboleh
Tapi aku perlukan masa untuk jadi macam tu.

Sifat mudah percaya dan xsampai hati yang aku ade ni,
Kadang-kadang makan diri sendiri.
Kawan aku kate,
"Jangan cepat percaya, nanti kita terpedaya.."

Hurm kalau diingatkan balik kisah dulu-dulu
Dari zaman sekolah sampai sekarang
Aku banyak sangat kene tipu.
Kenapa?
Sebab aku senang pecaye dan xde pendirian tetap.
Ok fine, tu memang kelemahan aku.

Macamane nk berubah?
Aku rasa kene jadi kuat sikit.
Kene belajar nilai mane betul mane tipu.
Kenal dan faham orang tu mcm mane.
And walau ape pun,
Aku kene belajar sayang diri aku lebih dari orang lain.
Sebab selama ni,
Aku tahan je sakit untuk tengok orang lain senyum.
Tapi last-last dia tipu aku untuk kepentingan dia
Ah, benci la orang yang suke menipu ni!

Biasalah,
Aku manusia biasa.
Agak klishe tapi mmg itulah kebenarannya.
Bila umur da nak dekat 21 ni,
Aku realize banyak sangat benda yang aku perlu ubah
Walaupun macam terlambat,
Somehow aku masih bangga dengan diri sendiri
At least aku nak jugak try ubah.

Aku pelek dengan sesetengah manusia
Yang xpernah sedar diri
Walaupun dah terlampau banyak Tuhan menguji,
Orang membenci dan mencaci,
Still boleh rasa bahagia dengan diri sendiri.

Bagi aku,
Better late than never.


Monday, January 10, 2011

Merapurapik sahaja

Hurm...
Salah satu minat aku ialah menulis puisi.
So, dalam entry kali ni,
Aku nak share puisi yang aku buat aritu..
Sorry kalau tak bes~

Puisi : Wanita Biasa
Kalau dulu..
Bila ku jenguk ke luar jendela
Aku nampak pepohon bunga lestari cinta
Kalau dulu..
Bila ku pandang di terang mentari
Aku nampak suburnya taman kasih abadi
Kalau dulu..
Bila ku lihat dengan makrifat
Aku nampak teratak sayang kukuh terpahat

Aku banyak melihat
Melihat cinta, merenung kasih, dan memandang sayang..
Tapi itu kisah dahulu
Kisah sepasang mata indah bercahaya..

Tapi sayang
Sepasang mata yang bercahaya itu gagal menilai sandiwara
Sebab itu ia tertipu
Tertipu dan tunduk malu

Lalu mata mengadu pada hati
Hati menilai hakikat yang telah terjadi..

Hakikat kini..
Bila ku jenguk ke luar jendela
Aku nampak terbang layu daunan cinta
Hakikat kini..
Bila ku pandang di terang mentari
Aku nampak taman kasih suram dan kelam
Hakikat kini..
Bila ku lihat dengan makrifat
Aku nampak teratak sayang tua dan usang

Aku sudah penat melihat
Sekarang,
Izinkan aku untuk menutup mata dan mengunci hati
Dari kepalsuan yang nyata
Dari tipu daya yang tidak pernah berhenti

Jangan salahkan aku
Kalau aku tak mampu terima yang kedua
Sebab aku cuma
Seorang wanita biasa..

Monday, January 3, 2011

membebel kejap

Arini aku ase bes gile.
Maybe sbb xjumpe lecturer ILS y pelek tu kot.
Skg pukul 1pm.
Japgi pukul 2 aku ade kelas.
Erm..adoiai aku mmg anti kelas petang-petang ni.
Sakit otak aku duduk dalam kelas tu.
Sengal betol.
Oh rupenye baru aku perasan ari-ari aku ade kelas petang.
(garu-garu kepale sambil tengange)
Bengongzz sangat mcm mne aku boleh xperasan!

AKU

Disebabkan takde keje,
Aku memilih untuk cite pasal diri aku.
Aku sangat minat Debat.
Kadang-kadang aku pegi Pidato.
Aku juge seorang Pemantun.
Pernah berPuisi dan mendeklamasikan Sajak.
Aku sangat suke Sastera.
Tibe-tibe aku gigih join Taekwando.
Aku selalu bz.
Kalau x bz pun aku buat-buat bz.
Aku paling suke makan dengan tido.
Aku suke senyum dekat orang yang aku suke.
Aku single dan xsuke relation.
Aku benci kene tipu.
Aku banyak cakap dan annoying.
Aku suke tangkap gamba sbb bes.
Ni aku letak gamba aku yang poyo~ 






::Ni lah aku::





d' Real Friends


Ade due orang yang aku masih lagi percaya untuk aku kongsi rasa dan rahsia.
Aku anggap mereka kawan baik aku.
Yang boleh memahami dan memperbetolkan aku.
Aku terime mereka seadanya.
Walaupun aku xpernah tunjuk ape yang aku rase,
Tapi sebenarnya aku sangat menghargai mereka.
Terima kasih, kawan.

Fiza Latiff @ Pijat


Fakhrul Redha

Ni lah kawan aku.
Yang aku sangat suke bile bersame mereka..


::Saya sayang anda bedue sampai bile-bile::



quotes~

Aku nak share ni kat korang..
Walaupun warne de hitam dan kelam,
Tapi maksudnye sangat mendalam.








aku buat apa yang aku pilih

Sekarang aku da jadi budak Law.
Setelah 2 tahun setengah aku dalam bidang ICT.
Aku tak menyesal bila aku tuka course.
Mungkin sebab aku memang betol-betol nak jadi lawyer kot.
Aku takkan pandang belakang lagi.
Apa pun cabaran aku kuat untuk hadapi.
Sebab aku tahu memang susah untuk dapat apa yang kita nak.
Usaha tu tangga kejayaan.
As long as aku berusaha, Tuhan akan tolong.
Doakan aku..



jadilah orang yang selalu bekorban :)

Pengorbanan adalah memberikan apa yang kita sayangi dengan penuh keikhlasan,
Pengorbanan adalah keberanian memaafkan disaat kita mampu membalas dendam,
Pengorbanan adalah memilih kepayahan demi kebahagiaan insan lain,
Pengorbanan adalah mengenepikan segala kesenangan dan bersedia dengan penderitaan,
Pengorbanan adalah kesanggupan membuang impian untuk menjaga maruah dan keadilan,
Pengorbanan adalah kekuatan melepaskan cinta demi mengejar cita-cita,
Pengorbanan adalah membuang kepentingan diri dan meringankan beban orang lain.


Maknanya orang yang banyak bekorban adalah orang yang paling kuat dan berani.
Mereka adalah orang yang disayangi dan dihargai.
Mereka adlah orang yang disanjungi dan dipandang tinggi.
Mereka adalah orang yang akan diingati sampai ke mati.




Jadi, jangan sesekali menyesal kalau kita lakukan pengorbanan :D

hidup dalam percaya

HIDUP dan PERCAYA ni due bende yang sangat kuat ikatannye.
Sebab tu la aku hidup dalam percaya.
Aku percaya banyak bende.
Salah satunya kawan-kawan aku.
Segala kate-kate dorang aku pegang dan aku percaya.
Sampai satu ketika, aku sedar sendiri yang aku selalu diperbodohkan,ditipu dan dibuat mainan.
Mungkin sebab aku terlalu percaya.
Kalau dulu.. Aku gembira sebab aku punya ramai kawan.
Tapi sekarang dah tak.
Aku cuba buka mata dan menilai.
Sebab aku xnk tertipu lagi.
Cukuplah ade cuma seorang kawan, yang benar-benar kawan.
Atau nama lain die SAHABAT.
Sahabat memang susah nak cari.
Sangat susah.
Kalau sekali kita jumpa, peganglah dia.
Jadi sahabatnye sampai bile-bile.
Betollah cakap orang tua-tua, pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik.
Atas pengalaman aku tu, aku belajar menilai manusia.
Aku belajar menjadi seorang sahabat.
Aku belajar untuk menjadi lebih matang.
Aku sedar bukan semua orang kita boleh percaya.
Kadang-kadang kawan sendiri pun boleh mengkhianati kite.
Jadi sekarang,
BERHENTI hidup dalam percaya..